TPATY


selamat pengantin baru sayang
untuk sahabat tercinta, Tengku Puteri Ainsyah binti Tengku Yaccob (TPATY)
majlisnya sudah hampir 2 minggu berlalu
dan baru hari ini, aku punya daya untuk mencoret ini

dia, kawan sekuliah di USM dulu
pelajar pendidikan
tapi bidang major kami sama
jadi dari tahun 1 hingga tahun akhir saya, kuliah kami majoritinya sama.
kami sebenarnya tiga serangkai
saya, dia dan aiza.
mamak kat subaidah pun tanya kalau salah seorang dari kami tiada.
sebab kami memang selalu bertiga.
dan ainsyah plak roomate aiza.
keraplah berkepitnya.

hari ini, dia sudah menjadi isteri orang
isteri kepada lelaki yang dicintainya sejak sekian lama
Alhamduliah
terima kasih Tuhan memberi bahgia itu pada dia
semoga kekal sampai syurga, dapat cahaya mata ramai-ramai
dilimpah rezeki dan rahmatMu..


*********

sedihnya, saya tidak langsung berkesempatan bersama-sama berkongsi bahgia di hari ijab qabulnya.
kekangannya adalah kerjaya sekarang.

pahit diakui..tapi inilah realiti
kerja saya, buat saya hilang banyak benda
itu hakikat.

tapi saya percaya.
Maha Pengasih pasti ada hikmahnya.

kerana dalam sibuk dan letih yang amat sangat
saya akui, sangat banyak benda yang saya pelajari.
dan saya pasti ini tidak ada di tempay lain.

.
Tuhan, syukran!

0 kata mereka:

Post a Comment