Kasih II


Kasih,
Ku ketuk pintu malam tika kau berada di dalamnya
Bintang-bintang berbisik mesra mengintai kita
Di langit angkasa milik Maha Berkuasa

Lalu Maha Pengasih
meminjamkan bahgia untuk kita...

.
sayang,semalam ketika
kau belum pergi....
.. dan aku sudah rindu

renung2kan...

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.


Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.


Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah.


Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.


Kemarahan itu adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.


Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan.


.

..



"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.."

(Khalifah Abdul Malik Marwan)





.

selalu ada_aiman feat heliza

Dari dulu,

Tanpa jemu hanya satu,

Dalam rindu..

Hari-hari kumenanti,

Dengan erti mengasihi..

Henur waktu yang berliku,

Masih mahu bersamamu..

Memahami,mengenali,

Tiada lagi menyendiri…

Kau selalu ada, tika gelisah,

Kau beri senyuman, bila kuresah,

Kau janji setia, setiap kisah,

Hingga berjauhan, tetap di wajah..

Dan..terindah

Seringkali takkan pergi,

Silih ganti,teman ini

Mula temu,malu mahu..

Musim lalu,kita pilu

Percayai tak mungkiri..

Demi suci tulus hati..

Sinar bayu


.

Alhamdulillah

I am blessed because:

-I have great parents who always with me, no matter what

- I have great family who always support, no matter what

- I have a great man as a lover, a bestfriend..always beside me in all kind of situation.

- I have friends, who always there, in all kind of situation

- I have a house, which provide me security


- I have Allah, and HE always there, answering my prayer, easing my burden

I am blessed, Alhamdulillah..Syukran Ilahi!


.

kata pujangga..

Kata pujangga:


perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

.

...


Maha Pengasih
di saat aku mengenang kebesaranMU
dan kehebatan dua insan (mak & ayah) dlm hidupku
ku mohon ENGKAU kurniakan pada mereka
kesejahteraan dunia dan akhirat
pengampunan dan keselamatan dari bencana
dan azab dunia juga akhirat
kurniakan mereka keteguhan
iman dan syurgaMU.

Maha Penyayang
ku mohon padaMU
sampaikanlah diri yang kerdil ini
kepada kesempurnaan rukun ISLAM dan rukun IMAN.

Maha Kaya
rahmatilah orang orang yang bersamaku
di waktu susah dan senangku
tempatkan mereka dalam golongan
yang Engkau rahmati dengan nikmat iman dan islam

Maha Berkuasa
diri yang lemah ini
memohon perlindungan daripadaMu
keberkatan dan keredhaan usiaku
yang semakin hari semakin hampir kepada ajalku...

.

Kasih...

Kasih,

Jalan yang kita lalui, memang bukan mudah.

Ada duri.

Ada ranjau.

Ada luka.

Namun, masih ada indahnya.

Pada harum bunga.

Pada hangat mentari.

Pada ribuan warna yang penuh pesona.

Sama-sama kita lalui jalan ini.

Menghargai pada setiap inci jalannya.

Pada setiap nafas yang terhela.

Masa kita terlalu singkat.

Dan moga Maha Kaya membawa kita ke syurga-Nya melalui jalan ini.

Jalan yang diredhai.

.

Seperti katamu kasih,setiap yang terjadi di persekitaran kita..adalah petunjukNya untuk kita..

maka Dia mahu kita berada pada landasanNya..

.

dalam diam



....Dalam diam saya bertemu dengan kamu
Lalu singgah dan menjadi tetamu hati...


Bila teringat itu saya senyum


...Terima Kasih Tuhan,pinjamkan dia...


.

">>


“… sepertinya rindu itu tiada akhirnya… sepertinya kasih itu tiada titik mulanya… pada ketetapan dan kerinduan … rindu itu kan bersatu”


“Kerinduan itu hanya berakhir setelah terhenti denyut nadi… setelah berhenti nafas ini..”

.

>>saya rindu,amat-amat rindu<<

.


kerana

Awal dari segalanya adalah ambang senja

Saat sepi menghayat di pucuk-pucuk padi

Menumpahkan kerinduan dengan seribu luahan..

Lantas hanya menjadi kebiasaan..

Kebiasaan hati dan perasaan

Hingga mungkin tak terpedulikan..

Dalam diam kita pun luruh dalam kedamaian dan kebahgiaan

Lembaran-lembaran yang kita isi penuh dengan ukiran-ukiran keinginan..

Hari-hari telah menjadi lukisan indah

Nafasmu nafas ku satu

Nafasmu nafas ku padu

Terbang & mencari di atas cakrawala.. merentangkan tali rindu dan

terjagalah aku..

Setapak pun pantang berpaling

Tak hentikan langkah, walau selangkah..

Akulah suara luahnya,yang gemanya tak kunjung henti..

Di dalam rindu ku..

Di dalam rindu mu..

Dan tiuplah angin ku

Kepadang jiwa murni mu

Kerana aku ini hawamu yang perlu adamnya..

Kerana lumrahnya Tuhan begitu

Kerana pintamu di syurga itu temannya aku

Kerana aku ini asalnya tulang rusukmu...


.

1 dan 2

1
erm..ketika menaip entry ini sedang kurang sihat..sakit kepala menyerang..tapi tak boleh nak layan sakit kepala ni.Malam tadi tidur awal..sgt awal..9.30 malam,sudah tidur.Sepatutnya malam tadi membantu abanglong untuk program khidmat masyarakat pelajar UTM.Tapi sudah tidak larat..

3-4 hari ini sakit kepala kerap menyerang,pulih seketika..kembali lagi..aduhai..banyakkah benda difikir..mak sudah risau..kata emak,kesihatan saya seperti tidak stabil 3-4 hari ini.Saya jawab,"saya ok je!mak jangan risau".

entah,mungkin emosi dan hati saya sedang tidak stabil ketika ini..
saya perlu jaga kesihatan tubuh badan,kesihatan emosi dan hati,ada cita-cita murni dan harapan suci yang perlu saya laksanakan.

2
ketika menaip entry ini juga baru dapat tahu perjuangan mereka di debat diraja,team junior layak ke semi final.team senior masih sedang berjuang.Mudah-mudahan mereka berjaya!
.


selamat berjuang untuk kalian!


alim,kak za,abg bob,crab,dayah,nik,atin,tini &zima....
selamat berjuang untuk debat diraja 2009!
semoga kejayaan milik anda semua!


.



suratan itu pasti!

saat hati rasa sangat sedih,
rasa tidak mahu buat apa-apa..mahu duduk-duduk diam-diam sahaja
tapi,baikkah begitu??

suratan takdir Maha Pengasih itu kan pasti
setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..

“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia… Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya…”

Dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat ..Hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar… kerana ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..saat hambaNya tidak taat dan melanggar laranganNya..DIA masih memberi..saat hambaNya masyuk dengan dosa DIA masih mahu memberi..disedarkan dengan dugaan sebagai peringatan agar tidak jauh tersasar dari landasan...ALLAH itu Maha Kaya...

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi…!.Biarkan kekecewaan berlalu..agar kegembiraan berlagu….!Biarkan kegelisahan lenyap..jangan kita hilang semangat…!Biar penderitaan itu menyapa…agar kekuatan kita jana semula…!



>>sambil tgk tesis,buku yg trsusun dan fikir,bila mahu start semula...

semangat pulih la..memohon pada Ilahi agar diri tetap utuh...

Percayalah...ini hanya dugaan kecil <<


.